Welcome To My Blog ..


Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, terutama yang mempunyai perut agak besar dan buncit. Jika tubuh badan di timbang, pastinya berat badan melebihi imbangan berat yang sepatutnya (berat yang ideal). Ini apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini.

Saya memiliki ketinggian 5'02" tetapi mempunyai berat yang tidaklah berat sangat, iaitu sekitar 73 kg hingga 75 kg. Jika makan lebih, ia menjadi 75 kg dan jika puasa atau kurang makan untuk dua tiga hari, ia menjadi 73 kg. Begitulah kitaran berat badan saya sebelum ini. Sedangkan berat ideal yang saya perlu ada adalah sekitar 55 kg hingga 60 kg sahaja.

Dengan berat badan yang berlebihan, saya menjadi tidak selesa. Jalan sikit dah penat. Kalau naik tangga jangan cerita lah, memang letih. Perut pulak macam ada belon. Buncit semacam jer.. Maka, saya mengambil keputusan untuk berjogging setiap pagi selama 2 jam dan join geng batminton untuk mengeluarkan peluh dan mungkin dapat memecahkan lemak yang sekian lama tersimpan di dalam badan. Huhh, hampir 3 bulan melakukan aktiviti yang seumpama itu, namun keputusannya hanya sedikit penurunan berat badan yang berlaku. Mana tidaknyer, lepas bersukan badan terasa letih dan lapar. Jadi, makan dengan banyak lah jawabnyer. Fuhh.. bersukan memang ada penurunan berat badan, tetapi mengambil masa yang lama sehinggakan macam terasa boring pun ada..

Dalam tercari-cari kaedah untuk menurunkan berat badan, kawan saya memperkenalkan Alpha Lipid SD2 ini. Pemenang Guiness World Of Record dalam kategori pelangsing terpantas di dunia khabarnya. Hmmm bunyi agak bagus. Tanpa berlengah, saya terus mencuba. Ada pantang larang rupanya untuk menggunakan produk ini. Yer lah kan, kita ni umpama memiliki penyakit gemok, so, kenalah patuh tentang pantang larangnya. Macam orang kena penyakit kencing manis, memang dia berubat tapi pada masa yang sama dia hentam gula lebih, so tak sempurna jugalah prosesnyer. Begitu juga dengan berubat orang penyakit gemok nie.. ubat makan.. tapi kalau langgar pantang larang, gemok takkan jadi kurus.. Hmm kalau nak kurus, ubat nyer dah ada, tapi kenalah patuh dengan pantang larangnyer.. Jika mental kuat 'nak kurus, nak kurus, nak kurus', saya percaya anda pasti BOLEH KURUS melalui produk ini.

Saya hilang 13 kg dengan menggunakan 3 tin Alpha Lipid SD2 ini. Malah ada yang lebih hebat, 8 kg turun berat badan dengan hanya menggunakan 1 tin SD2 sahaja. Badan orang ni rupanya lain-lain.. Yang guna 1 tin terus dapat turun banyak tu untunglah.. saya kena 3 tin.. hu hu.. Yang pastinya Alpha Lipid SD2 ini adalah supplement yang terbaik untuk anda menurunkan berat badan.. Cubalah, anda pasti tidak akan menyesal..

Nukilan dari Nasir Yusof 013-6290666 (Shah Alam).


Thursday, November 29, 2012

Penghataran Segera, Hari Ni Order, Lusa Dapat.


Hai kawan-kawan.. Kita sedia maklum, Alpha Lipid SD2 ni hanya boleh di beli di Pejabat New Image, Mid Valley, KL. Yang duduk dekat-dekat sini senang lah kalau nak beli. Tapi kalau yang duduk jauh?? Agak terbatas juga rasanya kalau nak datang sini untuk beli produk New Image.

Namun, bagi yang membeli dengan saya, penghantaran segera akan dibuat. Biasanya orang yang order hari ni, saya akan kumpulkan order tersebut sehingga malam. Dalam jam 10 malam, saya akan tulis siap-siap kat kotak pembungkus tu nama, alamat dan nombor HP pembeli. Jadi senang, esok tak kelam kabut. Saya pun kekadang banyak juga kerja lain yang nak di buat. Sebelum tu, susu tu saya dah bungkus siap-siap. Ada yang 1 tin, ada yang 2 tin, ada yang 3 tin dan sebagainya. Jadi senang, tinggal tulis nama jer lagi.

Esoknyer, biasanya dalam jam 10 pagi lepas breakfast, saya terus ke pejabat GDex di Seksyen 24 Shah Alam untuk buat pengiriman kepada pembeli. Kekadang saya guna GDex, kekadang Kurier Poslaju Malaysia. Kalau bungkusan tu besar (6 tin ke atas), saya akan guna GDex sebab lagi murah jika dibandingkan dengan Poslaju. Kalau setakat 1 atau 2 tin sahaja, poslaju pulak lagi murah.. :)

Hari Lusa, biasanya anda akan dapat barang di order... Begitulah rutin penghantaran yang saya buat. Jadi, kalau kawan-kawan nak kan penghantaran segera, ORDER melalui saya OK!!!!






Ni sebahagian dari resit penghantaran melaui GDex dan Poslaju.. Terima kasih kepada anda yang mempercayai saya kerana saya akan minta bayaran dahulu sebelum pos barang.

Upah pos bergantung kepada berat dan saiz bungkusan dan lokasi anda. Secara purata nya, saya charge Rm10 (1 hingga 2 tin), Rm15 (3 hingga 4 tin) dan Rm20 (5 hingga 12 tin). Harga tu termasuk dengan upah bungkus lah yer.. :)   Boleh yer???



Saya ni jenis yang suka berjalan, tapi tak lah selalu. Contohnya, kalau saya balik kampung ker, pegi Penang ker.. saya akan post kat FB (add yer : nasiryusof71@yahoo.com). Jadi, kalau ada kawan-kawan yang nak susu ni, boleh jumpa dilokasi yang akan saya singgah. Macam tempohari, saya nak balik kampung (Teluk Intan), ada customer suruh singgah kat Tanjung Malim sebab dia nak 1 tin, so saya akan singgahlah. Dalam kes macam ni, tiada kos penghantaran dikenakan sebab tempat tu secara kebetulan saya lalui. Saya minta 30 hingga 45 minit masa anda untuk menerangkan bagaimana untuk menggunakan susu ni. Biasanya lepak kedai kopi lah kan.. Hmmm tolong bayarkan kopi O secawan boleh??

Ok lah ya, pe pe hal, boleh call saya di talian 013-6290666 atau add saya di FB melalui email nasiryusof71@yahoo.com.

TQ...

Wednesday, November 28, 2012

Nak Cuba Lah...






Semalam saya dapat satu call dari kawan lama. Dia mengikuti perkembangan Alpa Lipid S2 ni hampir 3 bulan dah. Mungkin dia nak beli dah kut.. Hmm.. setelah berbual, benar andaian saya..

Jam 2 petang, dia datang rumah, ambik barang terus. Sempat saya ambil gambar dia. Nak turunkan tak tau berapa kilo katanya. Just minum dulu, nanti kalau dah turun sampai badan nampak kurus, baru stop..

Dia tak lah gemok sangat, cuma bahagian perut ada boroi sikit. Macam saya juga lah dulu.. Pada pandangan mata saya, dia ni kalau turun 10 kg dah cukup cun.. So, saya suggest dia ambik 1 tin dulu, cuba try test.. Kalau ok, ON lagi untuk tin ke 2.. Buat betul-betul, ikut arahan bagaimana cara nak guna produk tu, InsyaAllah pasti berjaya...

Ok lah ya, saya nak breakfast jap... nanti kita lihatlah perkembangan beliau ya.. SEMOGA BERJAYA..




Monday, November 19, 2012

Berat IDEAL untuk Lelaki dan Wanita

Nah.. jadual di atas adalah BERAT IDEAL untuk Lelaki dan Wanita. Cuba anda check berat anda, ok tak?? Kerrr terlebih berat.. Hmmm... jika terlebih berat, anda sepatutnya melakukan sesuatu untuk mengimbangkan berat badan dengan ketinggian anda.


Pentingnya Menjaga Berat Badan Yang IDEAL

 Berat badan ideal adalah dambaan setiap orang, lelaki atau perempuan di mana dengan mempunyai berat yang ideal, anda akan kelihatan lebih sihat, tampan, cantik, menarik dan awet muda. Berat badan yang ideal juga merupakan salah satu indicator untuk menilai bahawa seseorang itu dikatakan sihat. Jika berat badan kita berlebihan (obesiti), ia akan memberikan impak yang tidak baik bagi kesihatan tubuh. Berbagai penyakit yang berhubungan dengan sistem jantung dan pembuluh darah akan menjadi ancaman bagi orang yang mengalami obesiti. Begitu juga dengan berat badan yang kurang, ia akan memberi impak yang tidak baik pula pada kesihatan.

Di zaman moden ini, banyak perkara yang menyebabkan permasalahan berat badan ini, antaranya perut akan kelihatan buncit, kolestrol akan bertambah dan pastinya akan menyebabkan obersiti. Masalah ini bukan saja terjadi pada negara maju, tetapi ia juga terjadi pada negara yang sedang berkembang. Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti keturunan, pola pemakanan yang tidak sihat, kurangnya bekalan nutrisi dalam tubuh, makan berlebihan dan terlalu banyak minum minuman soda.

Kesan yang akan diperolehi hasil dari berat yang berlebihan ini bukan saja mengganggu penampilan, tetapi ia juga boleh mengganggu kesihatan sehingga timbulnya penyakit diabetes, kanser, penyakit jantung, darah tinggi, stroke, kolestrol dan boleh juga mengakibatkan kegagalan ereksi bagi lelaki kerana 70% penyakit umumya berkaitan dengan masalah diet dan berat badan.

Oleh kerana itu, perlu kita ketahui bertapa pentingnya menjada berat badan agar tetap ideal. Berikut ini adalah tips bagaimana untuk menjaga berat badan ideal.

1.  Makan makanan yang bervariasi supaya keperluan tubuh dipenuhi oleh pelbagai nutrient.
2.  Minum banyak air putih. Paling kurang 8 gelas untuk satu hari.
3.   Kurangkan minum minuman yang manis seperti sirap, soda.
4.  Banyakkan bersukan secara teratur untuk membina pertumbuhan tulang yang kuat.

Ok lah.. dah nak Maghrib, nanti sambung lagi ok... Yang penting, tu check berat anda.. Kalau lebih, kurangkan ya. Kalau kurang, hmmm banyakkan makan lagi.. :)


Sunday, November 18, 2012

Bagaimana nak menjadi ahli? Bagaimana nak buat business? Bagaimana nak jadi pengedar?

Bagaimana nak menjadi ahli? 
Bagaimana nak buat business? 
Bagaimana nak jadi pengedar?
 
Nak Jadi Ahli?

Yuran pendaftaran hanya RM60 (Semenanjung) / RM70 (Sabah/Sarawak). Dengan membayar yuran keahlian, anda layak untuk membeli barangan dengan harga ahli.


Banyak Kelebihan jadi Ahli sebab keahlian anda adalah seumur hidup!! Selagi anda beli Alpha Lipid & Slim Diet lah...


Cukup ker hanya sebagai pembeli?
Jadikan ianya sebagai sumber PENDAPATAN anda juga! Terdapat GANJARAN dan FAEDAH jika anda menjadi ahli dan PENGEDAR produk ini.

Sebab UTAMA mengapa produk 
Susu Kolostrum Alpha Lipid Lifeline & Slim Diet 2 mampu dipasarkan ialah:
        "Produk Ini Sangat Berkualiti Dan Sentiasa Dicari Oleh Ramai Orang Sepanjang Masa"

Sesuatu perniagaan tidak akan dapat bertahan lama jika produk tidak bagus dan tiada pembeli. Dengan produk Alpha Lipid Lifeline & Slim Diet 2, anda bakal berjaya kerana anda memasarkan sebuah produk berkualiti yang diperlukan oleh semua orang.


 
Nak Join Bisnes?? '

Ramai dah dapat "bau" atau tahu bahawa ramai top leaders atau pengedar Alpha Lipid & Slim Diet dapat wang bonus bulanan dan bonus royalti yang banyak dan mudah. Jadi nasihat saya, kalau nak bisnes, JANGAN join jika setakat nak jadi ahli saja. Anda memang boleh buat duit melalui produk ni.
 
Simple: Beli 30tin (Alpha Lipid) atau 42tin (SD2) = terus jadi SUPERVISOR!! (anda juga boleh campurkan produk).

Modal RM4500, untung 25% setin (alpha lipid) atau RM25 setin + rm30 untung runcit, jadi jumlah untung adalah RM55 setin.

Untuk SD2 untung 16% setin atau RM16 setin + RM36 untung runcit, jadi jumlah RM52 setin.
Ini belum kira jika anda membina rangkaian/empayar bisnes anda. Memang banyak dan berbaloi investment anda. Berbanding 8% untung setahun jika simpan duit di dalam ASB.

Kelebihannya ialah banyak:


1. Supervisor layak kumpul PV (tin) untuk dapat Royalti Bonus Setiap 6 bulan.

2. Komisyen rm25 setin adalah tetap.

3. Overriding daripada group dah bermula.

4. Potensi untuk berkembang ke arah RUBY (income RM8000 sebulan).

5. Potensi untuk mendapat Country Pool 1%, 2%, 3%


Anda juga boleh terus join Pangkat Manager. Semua terpulang kepada anda. Cuma dinasihatkan anda untuk hubungi saya untuk penjelasan yang lebih lanjut.


AWAS!!
ada juga sesetengah website mengalu-alukan anda isi borang secara online, Sebenarnya tiada borang online. Kertas borang "hard copy" ada boleh didapati dgn ejen/pengedar yang sah. Semua pendaftaran akan didaftarkan melalui syarikat beribu-pejabat di Midvalley City sahaja. 


MARKETING PLAN

 Untuk info lanjut bolehlah hubungi saya,  
NASIR YUSOF 013-6290666 
untuk temujanji.

Harga Produk Dari New Image


Promosi NOVEMBER


Produk Pelangsingan Badan Terkenal Di New Zealand Kini Di MALAYSIA !

Hasil dari kejayaan dan sambutan yang luar biasa dari produk kolostrum Alphalipid Lifeline, langkah seterusnya NZ NEW IMAGE telah memperkenalkan satu lagi produk baru yang BAKAL MENGGEGARKAN pasaran Malaysia. Sejak akhir-akhir ini kami di slimdiet2.net mula menerima banyak pertanyaan dan pesanan walaupun baru sebulan dipasarkan.



SLIM DIET 2 (SD2) 



  • Memegang Rekod Dunia dengan penurunan berat badan 64kg dalam masa 1 bulan
  • Melangsingkan badan secara sihat & semulajadi dengan program yang ringkas & mudah
  • Sihat dengan zat-zat pemakanan yang seimbang
  • Kadar penurunan berat yang seimbang & sekata, tiada masalah kulit kendur & berkedut
  • Masalah kesihatan yang dialami bertambah baik tanpa disedari

  •   Nak kurus tanpa perlu berlapar?
    Bunyinya seperti anda tak percaya.. tapi itulah hakikatnya apabila anda mengikuti program diet secara sihat bersama slim diet 2 (SD2).

    Slim diet 2 adalah produk pelangsingan badan yang terkenal di New Zealand dan kini baru dipasarkan di Malaysia. Program yang berdasarkan kepada
    penyimpanan protein dan diet ketogenik ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University ( Dr.George Cahill and Dr. George Blackburn). Hasil dari kajian ini, syarikat NZ New Image Asia Sdn.Bhd yang juga pengeluar produk Colostrum Alpha Lipid Lifeline telah menghasilkan produk Slim Diet 2 yang mampu menggegarkan pasaran di Malaysia. Jangan terkejut jika dikatakan di New Zealand rekod tertinggi penurunan berat badan adalah 64 kg dalam tempoh sebulan.


    Apa itu slim diet (SD2)?
    SD2 adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.
    Kelebihan menjalani program Slim Diet 2:
    Ianya adalah selamat kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan.
     
    Ianya adalah berkesan. Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan. Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan. Penurunan purata 1 minggu adalah 3kg jika setia pada program tanpa perlu berlapar.
     
    Program SD2 juga adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program yang lain yang beasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.
     
    Sd2 juga menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi. Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak.|
     
    yang penting sekali, kita boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau 'yo-yo effect' dapat dikurangkan.


    Hasil dari kajian khusus dalam journal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTIN DAN DIET KETOGENIK. Ianya terbukti:
    • Selamat dan Efektif kerana bersumberkan Alami.
       
    • Bertindak mengikut sistem penurunan berat badan secara semulajadi dan maksimum.
       
    • Memulihkan punca pertambahan berat dan bukannya hanya merawat simptom.
       
    • Tidak menyebabkan otot menggeleber atau menyebabkan kendur melaikan otot dan kulit yang mantap.
       
    • Nyahtoksik & pembersihan sistem badan berlaku secara spontan.
       
    • Program yang menawarkan ganjaran hebat dengan penurunan yang cepat berbanding dengan program yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori.
       
    • Berdasarkan jumlah jualan di Asia Pasifik, produk penurunan berat badan dengan NZ New Image SDII telah menurunkan 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.
       
    • Dijamin hasil yang memuaskan, berkesan, dan menjimatkan.
       
    • SDII adalah program menurunkan berat PERTAMA DIDUNIA yang amalkan teknik diet karbohidrat rendah.
       
    • Memegang cacatan WORLD GUINNESS BOOK OF RECORDS kategori penurunan terpantas.
       
    • Kunci kejayaan SDII ialah: TURUNKAN DIET KARBOHIDRAT + KURANGKAN LEMAK.
       
    • Penurunan purata 1 minggu = 3KG ADALAH PASTI ! (Jika setia pada syarat) Tanpa perlu berlaparan!
    Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya'allah. Ianya tidak menyebabkan:
    • Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari. 
    • Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.
    Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.


    PROTIN

    Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.

    Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu  manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

    SLIM DIET II atau singkatan SDII dari NEW IMAGE hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SDII. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas dari lemak tepu dan kolesterol.



    Anda Ingin Mencuba Produk Ini??? Dapatkannya sekarang dari saya.. Nasir Yusof 013-6290666 (Lokasi Shah Alam). Penghantaran segera ke seluruh negara.

     Perhatian!
     Ibu yang hamil atau sedang menyusu bayi tidak seharusnya menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan.
    • Kepada kesemua pengidap Diabetes Mellitus (IDDM) yang bergantung kepada insulin, adalah perlu pengawasan doktor ketika anda menyertai program ini.
    • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubatan tertentu.

      Ready Stock

      Ready Stock

      TESTIMONI : Alpha Lipid SD2 Memang Betul-Betul Berkesan Buat Saya

      TESTIMONI : Alpha Lipid SD2 Memang Betul-Betul Berkesan Buat Saya
      Ini adalah gambar saya sendiri, SEBELUM dan SELEPAS berjaya menurunkan berat badan melalui Program Alpha Lipid Slim Diet 2 ini.

      Transformasi 8 Minggu

      Transformasi 8 Minggu
      Jika anda mempunyai keinginan yang kuat untuk KURUS.. anda pasti BERJAYA..